Khamis, 30 Jun 2016

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAR HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN



KUIH RAYA, DUIT RAYA DAN JELAJAH RAYA!!!!!!!

Syawal bakal menjelma tidak lama je lagi. Pejam celik pejam celik tinggal lagi 5 hari kita semua bakal meraikan 1 Syawal, Insyaallah.

Dah sediakan semua keperluan raya? Daripada pakaian raya, hidangan untuk tetamu hingga hiasan rumah semuanya kalau boleh nak serba cantik kalaupun tak serba baru yer tak???? Tak kisah le macam mana pun janji jangan sampai membazir udah le ek. Gaji lambat lagi tau heheh. 

Seronoknye deme wat Kuih Rayer
Aktiviti kita sebelum minggu last nak Raya ni kita skodeng aktiviti anak-anak di Tabika.....mmmmmmm dari jauh dah berbauh kuih raya deme...mak aihhhhhhhhh!!!!!! superbeb!!! Kuih raya bebudak nih x susah pun, senang je....yang penting tujuan kita ajar deme buat tuh, banyak paedahnyer...untung-untung bila da besar nanti rajin nulun mak mbuat koi rayer, dari kecik la nk asuh, didik dan terapkan nilai-nilai kerjasama, tolong-menolong dan sebagainya.







Seronoknya aktivti deme nihhhhh..... ada yang bagi duit raya, kuih raya dan baju raya kepada kanak-kanak ni...semoga adik-adik beraya dengan baik dan jangan nakal-nakal tau, cuti sekolah ni banyakkan buat kerja bersama mak yer.......heheehhehe mak sibuk tuh nak buat macam-kije lagi nk raya ni....... SELAMAT HARI RAYA adik-adik..muuuahhhh,,,,







PROGRAM HARI PENDIDIK KG. SENGGANG

17.06.2016 - Program Hari Pendidikan Kemahiran di Kg. Senggang, Kuala Kangsar. Program dirasmikan oleh YB Dato Mohd Zaim bin Abu Hassan, Ahli Parlimen Parit, turut hadir Tn Hj Amiruddin Ariffin Timbalan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia, En Azmi Abd Hamid Pengarah Bahagian Pendidikan Kemahiran KEMAS Malaysia, En Ahmad Kamal Idris Bin Haji Nawawi Pengarah KEMAS Perak dan Imam 1 Masjid Kg Senggang selaku wakil Pengerusi JKKK Kg Senggang Ustaz Ayob b. Syukur. 


Ramai yang hadir penduduk-penduduk berdekatan antaranya Senggang dan Seberang Manong serta kawasan sekitarnya hadir bagi menyertai pelbagai aktiviti antaranya Bengkel Dandanan Diri, Jahitan Tudung manik, Hijabista dan Pertandingan Bubur Lambuk yang akan diadili oleh Chef Selebriti Chef Anuar.... terima kasih semua yang hadir memeriakan Program dan menimba kemahiran baru...







Selasa, 17 Mei 2016

BENGKEL KELUARGA SEJAHTERA DAN KEBUN DAPOR

15.5.2016 Bengkel Keluarga Sejahtera dan Kebun Dapur di Kg. Dusun Hilir dari 8.00pg-5.00ptg. Antara aktiviti yang diadakan adalah Ceramah Kekeluargaan disampaikan oleh Ustaz Ayub b. Syukur, Pertandingan Memasak, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Makan Apple, Demonstrasi Kuih Cakoi dan Cabutan Nombor Bertuah.


Terima kasih kepada YB. Ahli Perlimen Parit dan YB. ADUN Kawasan Belanja yang turut hadir bersama-sama berbengkel dengan penduduk kampung serta turut merasmikan 'Dapor Panas' untuk Pertandingan Memasak.

Terima kasih juga kepada Pengerusi JKKK Kampung Dusun Hilir, Layang Kiri En. Mohamed Termizi b. Mohd Said dan JKKK kampung yang banyak membantu dan memberi kerjasama sepanjang bengkel berlangsung.

Majlis diakhiri dengan hujan rahmat yang turun dengan lebatnya...... alhamdulillah.... indahnya perjalanan.... terima kasih semua yang hadir bersama keluarga santai di hari minggu

Penceramah Kekeluargaan - Ustaz Ayub b. Syukur





























SAHABAT CYBER